2:58 PM



























GAMBAR SEKITAR MAJLIS TAHLIS ARWAH EN RADI( PTP 1 BIDOR) dan PERPISAHAN HAJI ZAKARIA (PTP 1 SLIM) YANG BERHIJRAH KE SEKOLAH SEMULA

12:22 PM

salam takziah

takziah kepada Cikgu Saipullah Hj Mahfud sekeluarga atas sekembalinya ke rahmatullah, adinda tercinta pada 3hb april 2010 bersamaan hari sabtu.....semoga rohnya di tempat orang yang beriman dan dicucuri rahmat....amin

10:54 AM

PENGUMUMAN


SPPICTS 1/2010

Kutipan 1/2010 Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah bermula pada 21 Mac 2010. Pungutan ini akan berakhir pada 9 April 2010. Sila kemaskini secepat mungkin bagi mengelakkan gangguan trafik. Harap maklum.

Semua sekolah mesti menjawab 6 dimensi iaitu

Makmal Komputer

Capaian Internet

Perisian Kursus Pendidikan

Peralatan PPSMI

EduWebTV

ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran.

Bagi dimensi Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar, hanya sekolah-sekolah yang terlibat sahaja yang perlu menjawab.

10:46 AM

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah

Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Aktiviti Guru.

Saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

9:18 AM


KAMI DI PKG TEMOH INGIN SELAMAT HARI RAYA DEEPAVALI KEPADA SELURUH WARGA SEKOLAH DI KELOMPOK SATU BATANG PADANG YANG BERAGAMA HINDU DAN BERBANGSA INDIA.......HAPPY DEEPAVALI

11:06 AM












SALAM AIDILFTRI DARI KAMI WARGA PKG TEMOH KEPADA SELURUH RAKAN_RAKAN. SEMOGA SALAH DAN SILAP KAMI DAPAT DIMAAFI....

9:31 AM

Selamat Datang dan jutaan terima kasih

Selamat datang dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada En Rosli Sarip dan juga En Hasri yang sudi melawat dan membuat pemantaun di PKG Temoh pada hari Isnin 14/09/09 yang lalu. Di harap encik sudi lagi melawat ke PKG Temoh lagi selepas ini.

Selamat Datang Ke PKG Temoh

Selamat Datang Ke PKG Temoh

PERINGATAN

WABAK SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1)

Penularan wabak Influenza A kian meningkat dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu mengetahui etika ketika batuk. Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Melalui cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang lain turut dijangkiti. Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus menular.

Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak. Kemungkinan juga berlaku kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda positif kepada wabak ini. Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan, cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
www.moh.gov.my

03-88810200 / 03-88810300