9:18 AM


KAMI DI PKG TEMOH INGIN SELAMAT HARI RAYA DEEPAVALI KEPADA SELURUH WARGA SEKOLAH DI KELOMPOK SATU BATANG PADANG YANG BERAGAMA HINDU DAN BERBANGSA INDIA.......HAPPY DEEPAVALI

11:06 AM












SALAM AIDILFTRI DARI KAMI WARGA PKG TEMOH KEPADA SELURUH RAKAN_RAKAN. SEMOGA SALAH DAN SILAP KAMI DAPAT DIMAAFI....

9:31 AM

Selamat Datang dan jutaan terima kasih

Selamat datang dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada En Rosli Sarip dan juga En Hasri yang sudi melawat dan membuat pemantaun di PKG Temoh pada hari Isnin 14/09/09 yang lalu. Di harap encik sudi lagi melawat ke PKG Temoh lagi selepas ini.

3:26 PM

SELAMAT BERPUASA

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Kepada seluruh muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah peluang yang ada di bulan Ramadhan ini..dan banyakkanlah beramal...

3:24 PM

MAKLUMAN

Kepada semua sekolah-sekolah di kelompok 1 Batang Padang, tarikh untuk mengemaskini dan mengisi data SSQS telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2009 ini...Sekian harap maklum

10:47 AM


AKU ANAK MALAYSIA

Detik ini…..

Pada tanggal 31 Ogos

Berulang lagi,

menjelma lagi,

Negaraku merdeka.

Dalam keriangan ini……

Kenangilah jasa perajurit,

jasa pejuang kemerdekaan

Yang tidak mengenal erti kekecewaan.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,

Aku bangga mengibarkan jalur gemilang,

Aku bangga kereta nasional meluncur di jalan raya,

Akulah pengisi kemerdekaan ini,

Demi generasi akan datang.

Semoga negaraku sentiasa berdaulat,

Gemilang dan terbilang,

Aku anak Malaysia………..

2:58 PM

PERINGATAN

Tarikh akhir bagi menyiapkan SSQS ialah 14 Ogos 2009. Tarikh tersebut makin hampir, dan diminta semua sekolah di kelompok 1 dapat menyiapkan sebelum tarikh tersebut...

12:31 PM

Peranan PKG

  • PKG sebagai pusat kegiatan ikhtisas kurikulum
  • PKG sebagai pusat sumber rujukan.
  • PKG sebagai kegiatan sosial/komunity
  • PKG sebagai agensi perubahan.
  • PKG sebagai agen Penyelesaian masalah.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Bertekad untuk memberi perkhidmatan yang sempurna, kemaskini, cekap dan teliti dalam melasksanakan segala program.
  2. Mencapai perkhidmatan yang berkualiti melalui kerjasama, kesungguhan usaha, peka dan bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan.

3:38 PM

Mesyuarat Mengenai SSQS

Tempat: Bilik Mesyuarat Pkg Temoh
Tarikh : 24 Julai 2009
Masa : 3.00 petang
Tujuan : Memaklumkan kepada seluruh guru-guru ICT di seluruh sekolah kelompok satu mengenai SSQS dan perlaksanaannya.

9:32 AM

Pengenalan PKG

Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan jalinan rancangan prasana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti professional yang mengutamakan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PKG adalah sebuah institusi yang berperanan atas dasar ‘Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru’ telah memberi peluang kepada guru-guru setempat mengemukakan masalah-masalah dan idea dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih terbuka.

MATLAMAT

Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme keguruan berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PKG akan merealisasikan potensi dan personaliti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan pembangunan negara kita


9:23 AM

Apa Itu Nilam

NILAM atau 'NADI ILMU AMALAN MEMBACA' merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Objektif program ini adalah:-


• Merangsang Murid supaya banyak Membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana ide kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam NILAM.

Matlamat


Membina tabiat gemar membaca di kalangan individu.

9:12 AM

Selamat datang ke blog PKG Temoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga pendidik dan rakan sekalian....
Selamat datang ke Blog Pkg Temoh....

Selamat Datang Ke PKG Temoh

Selamat Datang Ke PKG Temoh

PERINGATAN

WABAK SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1)

Penularan wabak Influenza A kian meningkat dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu mengetahui etika ketika batuk. Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Melalui cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang lain turut dijangkiti. Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus menular.

Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak. Kemungkinan juga berlaku kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda positif kepada wabak ini. Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan, cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
www.moh.gov.my

03-88810200 / 03-88810300