3:26 PM

SELAMAT BERPUASA

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Kepada seluruh muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah peluang yang ada di bulan Ramadhan ini..dan banyakkanlah beramal...

3:24 PM

MAKLUMAN

Kepada semua sekolah-sekolah di kelompok 1 Batang Padang, tarikh untuk mengemaskini dan mengisi data SSQS telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2009 ini...Sekian harap maklum

10:47 AM


AKU ANAK MALAYSIA

Detik ini…..

Pada tanggal 31 Ogos

Berulang lagi,

menjelma lagi,

Negaraku merdeka.

Dalam keriangan ini……

Kenangilah jasa perajurit,

jasa pejuang kemerdekaan

Yang tidak mengenal erti kekecewaan.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,

Aku bangga mengibarkan jalur gemilang,

Aku bangga kereta nasional meluncur di jalan raya,

Akulah pengisi kemerdekaan ini,

Demi generasi akan datang.

Semoga negaraku sentiasa berdaulat,

Gemilang dan terbilang,

Aku anak Malaysia………..

2:58 PM

PERINGATAN

Tarikh akhir bagi menyiapkan SSQS ialah 14 Ogos 2009. Tarikh tersebut makin hampir, dan diminta semua sekolah di kelompok 1 dapat menyiapkan sebelum tarikh tersebut...

Selamat Datang Ke PKG Temoh

Selamat Datang Ke PKG Temoh

PERINGATAN

WABAK SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1)

Penularan wabak Influenza A kian meningkat dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu mengetahui etika ketika batuk. Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Melalui cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang lain turut dijangkiti. Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus menular.

Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak. Kemungkinan juga berlaku kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda positif kepada wabak ini. Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan, cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
www.moh.gov.my

03-88810200 / 03-88810300